Monday, 29 October 2012

BADAN SIHAT OTAK CERDAS


Sesi bermain di taman. Setiap Rabu dan Jumaat, pelajar prasekolah ini akan keluar untuk bermain di taman permainan di perkarangan prasekolah Gemilang. Walaupun tidak banyak permainan yang ada disediakan. kanak-kanak ini begitu gembira dan menikmati permainan yang disediakan untuk mereka.

Monday, 22 October 2012

SUKANEKA PERKHEMAHAN

SUKAN UNTUK KECERGASAN

MARI MENYANYI BERSAMA

SUKAN PRASEKOLAH

WHEEL ON THE BUS

MARI MENYANYI LAGU A,E,I,O,U

GRAFITI 1 MALAYSIA 1 PERAK 1 PRASEKOLAH

Aktiviti yang gilang gemilang ini pertama kali diadakan bagi peringkat negeri perak. Daripada sehelai kain putih, dilukis, diwarna, dan dicap oleh pelajar prasekolah, kemudian dimurnikan oleh guru prasekolah. Hasil daripada itu, dibawa ke peringkat kelompok untuk digabungkan. Dibawa lagi ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat Negeri Perak. Digabungkan dan disambung antara mereka menjadikannya antara grafiti hasil daripada pelajar prasekolah yang terpanjang pernah dihasilkan. ini adalah antara gambar yang sempat dirakam.




Thursday, 4 October 2012

BANGUNAN PRASEKOLAH GEMILANG

Inilah bangunan prasekolah gemilang yang siap dibina dan dibuka pada tahun 2005. Catnya pun dah pudar.

AKTIVITI MEMBINA ANYAMAN IKAN

Aktiviti membuat anyaman ikan memang sukar. Murid memerlukan koordinasi mata tangan yang baik bagi membina anyaman ini. Tetapi ianya menyeronokkan, murid berebut-rebut nak membuat anyaman ini. Tahniah anak murid cikgu yang kusayang kerana dapat menyiapkannya.

Mari belajar bersama Miss Jo

Setiap hari Khamis, Miss Jo akan masuk ke kelas Prasekolah saya dan membantu saya mengajar murid dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Murid sangat seronok dan memberikan perhatian serta memahami apa yang disampaikan oleh Miss Jo. Thanks Miss Jo....

SALAM PERKENALAN

Salam sayang dari saya NORHAFIZA BT ISMAIL...
Kad matrik:     D20112054242
Pengkhususan: Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengalaman mengajar Prasekolah:  8 Tahun
Tempat mengajar:  SK Chenderiang, 35300 Chenderiang, Perak

Itulah serba sedikit tentang diri saya yang dapat saya coretkan. Pengalaman saya membina blog ini adalah satu pengalaman baru dan amat menyeronokkan. Di dalam blog juga kita dapat berkongsi maklumat, kaedah dan bahan untuk bersama-sama kita meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita dapat bertukar-tukar idea dan bahan serta mempelajari sesuatu yang baru.

Ini la pensyarah KRT 3013 group saya
MODI BIN LAKULU