Thursday, 4 October 2012

BANGUNAN PRASEKOLAH GEMILANG

Inilah bangunan prasekolah gemilang yang siap dibina dan dibuka pada tahun 2005. Catnya pun dah pudar.

AKTIVITI MEMBINA ANYAMAN IKAN

Aktiviti membuat anyaman ikan memang sukar. Murid memerlukan koordinasi mata tangan yang baik bagi membina anyaman ini. Tetapi ianya menyeronokkan, murid berebut-rebut nak membuat anyaman ini. Tahniah anak murid cikgu yang kusayang kerana dapat menyiapkannya.

Mari belajar bersama Miss Jo

Setiap hari Khamis, Miss Jo akan masuk ke kelas Prasekolah saya dan membantu saya mengajar murid dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Murid sangat seronok dan memberikan perhatian serta memahami apa yang disampaikan oleh Miss Jo. Thanks Miss Jo....

SALAM PERKENALAN

Salam sayang dari saya NORHAFIZA BT ISMAIL...
Kad matrik:     D20112054242
Pengkhususan: Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengalaman mengajar Prasekolah:  8 Tahun
Tempat mengajar:  SK Chenderiang, 35300 Chenderiang, Perak

Itulah serba sedikit tentang diri saya yang dapat saya coretkan. Pengalaman saya membina blog ini adalah satu pengalaman baru dan amat menyeronokkan. Di dalam blog juga kita dapat berkongsi maklumat, kaedah dan bahan untuk bersama-sama kita meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita dapat bertukar-tukar idea dan bahan serta mempelajari sesuatu yang baru.

Ini la pensyarah KRT 3013 group saya
MODI BIN LAKULU